Pelarian Arakan Terdampar di Sempadan antara India dengan Bangladesh

Orang-orang Muslim Arakan yang menunggu di zon neutral Rayermura di Tripura Barat, 16 daripadanya adalah kanak-kanak dan 9 daripadanya adalah wanita.

Pelarian Arakan Terdampar di Sempadan antara India dengan Bangladesh

 

31 orang Muslim Arakan terdampar di sempadan antara India dan Bangladesh.

Menurut berita akhbar tempatan Daily Star, berdasarkan pihak berkuasa Persatuan Penjaga Perbatasan India, 31 orang Muslim Arakan, yang mencuba menyeberang dari India ke Bangladesh, terdampar di zon neutral selama tiga hari apabila pengawal sempadan Bangladesh tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini.

Orang-orang Muslim Arakan yang menunggu di zon neutral Rayermura di Tripura Barat, 16 daripadanya adalah kanak-kanak dan 9 daripadanya adalah wanita.

Dilaporkan bahawa perbincangan, mengenai orang-orang Arakan yang mempunyai dokumen pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) di India, antara persatuan penjaga sempadan kedua-dua negara yang diadakan kemarin, tidak membuahkan hasil.

Dinyatakan bahawa persatuan penjaga sempadan India dan Bangladesh mengerahkan pasukan tambahan dan meningkatkan bilangan rondaan.

Dilaporkan bahawa kira-kira 1.300 Muslim Arakan telah menyeberang ke Bangladesh dari India sejak awal tahun ini kerana takut ditarik balik ke Myanmar.

Bilangan umat Islam Arakan yang berlindung di India dianggarkan sekitar 40 ribu orang.

Menurut PBB, selepas 25 Ogos 2017, jumlah orang yang melarikan diri dari Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 725 ribu.

Dengan imej satelit yang telah diterbitkan, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah membuktikan bahawa beratus-ratus kampung telah dimusnahkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan sebagai "penghapusan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai".

Kerajaan Myanmar yang menyekat akses media antarabangsa dan organisasi bantuan ke kawasan Arakan dengan ketara, juga gagal untuk memenuhi janji-janji mengenai pengembalian umat Islam Arakan.

Organisasi Hak Asasi Manusia bimbang bahwa pemulangan Muslim Arakan ke Myanmar tanpa menyediakan persekitaran yang aman, akan mencetuskan kempen pembersihan etnik baru.

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait