Terkait Israel, Malaysia Kekal dengan Pendirian Tegas

2019 World Para Swimming Championship akan disertai oleh lebih daripada 600 atlet renang dari 70 negara.

Terkait Israel, Malaysia Kekal dengan Pendirian Tegas

 

Berikutan keputusan untuk tidak membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara bagi menyertai "2019 World Para Swimming Championship", kerajaan Malaysia mengumumkan tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel.

Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah, mengingatkan bahawa kabinet pada minggu lepas mengesahkan bahawa wakil Israel tidak boleh memasuki Malaysia untuk acara sukan atau acara lain, beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak mengenal kompromi tentang atlet-atlet Israel yang tidak dibenarkan menyertai kejohanan renang paralimpik di negara ini.

"Kabinet juga telah memutuskan untuk tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel. Menurut saya, ini merupakan keputusan penting yang mencerminkan sikap kerajaan terhadap masalah Israel." katanya.

Saifuddin berkata bahawa isu Palestin bukan sahaja isu agama, tetapi juga isu hak asasi manusia.

‘’Ini berkaitan dengan perang atas nama orang-orang yang tertindas.’’ Katanya.

Syed Saddiq, pada 13 Januari, membuat kenyataan kepada media mengenai penolakan permohonan visa atlet-atlet renang Israel yang ingin mengambil bahagian dalam kejohanan itu, beliau berkata bahawa isu ini telah dibincangkan dalam kabinet, namun Perdana Menteri Mahathir Mohamad tidak mengesahkan masuknya atlet-atlet renang Israel ke Malaysia.

2019 World Para Swimming Championship akan disertai oleh lebih daripada 600 atlet renang dari 70 negara. 

Di Sarawak, Malaysia, 2019 World Para Swimming Championship yang akan bermula pada 29 Julai, akan berterusan sehingga 4 Ogos.

 

 

 

 

 



Berita Terkait