Malaysia Larang Atlet Israel Masuk Negara

Di Malaysia, 2019 World Para Swimming Championship yang akan bermula pada 29 Julai, akan berterusan sehingga 4 Ogos.

Malaysia Larang Atlet Israel Masuk Negara

 

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai "2019 World Para Swimming Championship", yang akan diselenggarakan di Malaysia.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat kabinet, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mengesahkan dakwaan yang muncul pada media bahawa para atlet Israel tidak mendapatkan kebenaran untuk memasuki negara ini dan beliau berkata bahawa kerajaan tegas terhadap keputusan berkenaan.

"Jika mereka datang, ia akan menjadi satu jenayah. Jika mereka mahu menarik hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah kejohanan, mereka boleh mencuba." Kata Perdana Menteri Mahathir, Beliau  menegaskan bahawa negaranya tidak akan mengubah sikapnya mengenai atlet-atlet Israel.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Steven Sim Chee Keong menyatakan bahawa pendirian Malaysia akan sangat tegas jika mengenai isu Israel.

"Kerajaan akan mengekalkan pendiriannya sebagai bantahan terhadap pendudukan dan penindasaan Israel ke atas rakyat Palestin." Katanya.

Pada awal minggu, media Israel melaporkan bahawa atlet-atlet renang paralimpik Israel, yang mahu mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan disertai oleh lebih daripada 600 atlet renang dari 70 negara, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Di Malaysia, 2019 World Para Swimming Championship yang akan bermula pada 29 Julai, akan berterusan sehingga 4 Ogos.

 

 

 

 



Berita Terkait