Pihak Berkuasa Thailand dan Arab Saudi adakan Pertemuan Terkait Qunun

Pihak-pihak berkuasa Thailand dan Arab Saudi, mengadakan pertemuan mengenai wanita warga Arab Saudi yang ditahan di Lapangan Terbang Bangkok

Pihak Berkuasa Thailand dan Arab Saudi adakan Pertemuan Terkait Qunun

 

Pihak-pihak berkuasa Thailand dan Arab Saudi, mengadakan pertemuan mengenai wanita warga Arab Saudi yang ditahan di Lapangan Terbang Bangkok dan dibenarkan masuk ke negara ini untuk sementara di bawah penyeliaan Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pengungsi (UNHCR).

Pengarah Polis Imigresen Thailand, Surachate Hakparn, menyatakan bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa dari Kedutaan Arab Saudi ke Bangkok mengenai Rahaf Mohammed al-Qunun, gadis Arab Saudi berusia 18 tahun, yang lari dari keluarganya kerana menjadi mangsa keganasan fizikal dan mental dan mencari suaka di negara ketiga.

‘’Sikap kedua-dua negara terhadap isu ini adalah sama. Memastikan keselamatan wanita muda ini adalah yang diutamakan. Kedua-dua negara mempertimbangkan keselamatan dan kebaikan bagi Rahaf. Kuasa Usaha Arab Saudi menyatakan rasa puas hati dan kepercayaannya atas kerja-kerja pejabat imigresen Thailand.’’ Kata Surachate.

Di sisi lain, dalam sebuah kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan Besar Arab Saudi ke Bangkok, menolak tuduhan bahawa ekstradisi Qunun diminta atau pasportnya dirampas.

Ayah dan saudara lelaki Qunun akan tiba di Bangkok secepat mungkin, kata Surachate, namun Qunun akan memutuskan untuk bertemu atau tidak dengan mereka.

Qunun, melalui Twitter menyatakan bahawa ia takut untuk berjumpa dengan keluarganya.

Sebaliknya, beberapa organisasi hak asasi manusia telah meminta kerajaan Australia untuk membenarkan Qunun memasuki negara ini.

Qunun, pernah mengatakan bahawa dia takut dibunuh jika dihantar untuk tinggal bersama keluarganya.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa Qunun, yang ditahan oleh imigresen Thailand ketika singgah di Bandara Suvarnabhumi semasa ia akan pergi ke Australia, akan tetap tinggal di Thailand sehingga permohonannya untuk mendapat suaka di Australia mendapatkan hasil yang jelas.

Tidak ada maklumat tentang tempat Qunun akan tinggal di Bangkok.

Perkongsian melalui Twitter Qunun, yang ditahan di lapangan terbang di Bangkok untuk diekstradisi ke keluarganya yang tinggal di Kuwait, telah mendapat perhatian besar di media sosial. Seorang pegawai Duta Besar Arab Saudi ke Bangkok mendakwa bahawa pasport Qunun telah dirampas.

Kemudian melalui akaun Twitternya, Qunun menyatakan bahawa pasportnya telah dikembalikan semula kepadanya.

 

 

 

 



Berita Terkait