Pertempuran di Arakan, 4.500 Orang Terpaksa Tinggalkan Rantau

Menurut PBB, selepas 25 Ogos 2017, jumlah orang yang melarikan diri dari Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 720 ribu.

Pertempuran di Arakan, 4.500 Orang Terpaksa Tinggalkan Rantau

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melaporkan bahawa di wilayah Arakan, Myanmar, dalam pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan dengan kumpulan yang menamakan dirinya sebagai ‘’Tentera Arakan’’, salam satu hari lebih daripada 4 ribu 500 orang terpaksa meninggalkan rantau itu.

Farhan Haq, salah seorang Jurucakap Setiausaha Agung PBB, dalam satu kenyataan bertulis menyatakan bahawa lebih daripada 4 ribu 500 orang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka akibat pertempuran yang berlaku antara tentera Arakan dengan pasukan keselamatan Myanmar hari ini.

Berikutan serangan-serangan ‘’Tentera Arakan’’ ke balai-balai polis di bandar Buthidaung pada 4 Januari, dalam beberapa hari kebelakangan ini berlaku pertempuran, Kata Haq, ia berkongsi maklumat bahawa pada bulan Disember beberapa ratus orang telah kembali ke rumah mereka di Buthidaung dan Rathedaung, namun mereka terpaksa berhijrah semula kerana pertempuran-pertempuran yang berlaku di rantau itu.

Haq berkata bahawa orang-orang yang terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka, berlindung di biara-biara dan tempat-tempat perlindungan di Kyauktaw, Ponnagyun, Rathedaung dan Buthidaung.

Knut Ostby, yang telah dilantik sementara sebagai Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Myanmar, menegaskan bahawa keadaan di Arakan dan di utaranya sangat membimbangkan, ia menyesalkan kekerasan dan kerugian akibat peristiwa yang berlaku pada 4 Januari.

Menurut PBB, selepas 25 Ogos 2017, jumlah orang yang melarikan diri dari Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 720 ribu.

Dengan imej satelit yang telah diterbitkan, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah membuktikan bahawa beratus-ratus kampung telah dimusnahkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan sebagai "penghapusan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai".

Kerajaan Myanmar yang menyekat akses media antarabangsa dan organisasi bantuan ke kawasan Arakan dengan ketara, juga gagal untuk memenuhi janji-janji mengenai pengembalian umat Islam Arakan.

Organisasi Hak Asasi Manusia bimbang bahwa pemulangan Muslim Arakan ke Myanmar tanpa menyediakan persekitaran yang aman, akan mencetuskan kempen pembersihan etnik baru.

 



Berita Terkait