Demonstrasi Menyokong Muslim Arakan di Indonesia

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas 25 Ogos 2017, jumlah orang yang melarikan diri dari Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 725 ribu.

Demonstrasi Menyokong Muslim Arakan di Indonesia

 

Demonstrasi untuk menyokong umat Muslim Arakan telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Myanmar di Jakarta.

Aksi demonstrasi Komite Nasional Solidaritas Rohingya (KNSR) yang diadakan di ibu negara Indonesia, Jakarta, membantah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Myanmar ke atas umat Muslim Arakan.

‘’Kami menyeru kerajaan Myanmar untuk membenarkan akses bagi bantuan-bantuan ke umat Muslim Arakan. Kami juga menuntut kerajaan Indonesia menamatkan hubungan diplomatiknya dengan Myanmar, yang melanggar hak asasi manusia. " kata Setiausaha Agung KNSR, Ibnu Khajar.

Setiausaha Agung KNSR, Khajar, menyatakan bahawa mereka telah menyeru ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari penyelesaian atas pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Arakan mengenai pembersihan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas 25 Ogos 2017, jumlah orang yang melarikan diri dari Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 725 ribu.

Dengan imej satelit yang telah diterbitkan, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah membuktikan bahawa beratus-ratus kampung telah dimusnahkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan sebagai "penghapusan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai".

Kerajaan Myanmar yang menyekat akses media antarabangsa dan organisasi bantuan ke kawasan Arakan dengan ketara, juga gagal untuk memenuhi janji-janji mengenai pengembalian umat Islam Arakan.

Organisasi Hak Asasi Manusia bimbang bahwa pemulangan Muslim Arakan ke Myanmar tanpa menyediakan persekitaran yang aman, akan mencetuskan kempen pembersihan etnik baru.

 



Berita Terkait