Malaysia Ingatkan Israel Terkait Tanggungjawabnya untuk Melindungi Orang Awam

Kementerian Luar Malaysia, menyatakan kebimbangan mendalam atas serangan-serangan yang dianjurkan Israel di Gaza dalam beberapa hari terakhir.

Malaysia Ingatkan Israel Terkait Tanggungjawabnya untuk Melindungi Orang Awam

Malaysia mengumumkan bahawa menurut undang-undang antarabangsa, Israel sebagai kuasa penjajah, bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan orang-orang awam.

Kementerian Luar Malaysia, menyatakan kebimbangan mendalam atas serangan-serangan yang dianjurkan Israel di Gaza dalam beberapa hari terakhir.

Kementerian, menyatakan keseriusan keadaan di Gaza, dan membuat kenyataan, "Malaysia menganggap tindakan Pasukan Pertahanan Israel sebagai ancaman terhadap kemungkinan proses damai."

Kementerian itu mengulangi seruan Malaysia bagi menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin, dan menyatakan bahawa serangan-serangan Israel amat menakutkan untuk keadaan di rantau ini.

Kejadian yang mencetuskan ketegangan di Jalur Gaza yang diduduki itu ialah penyusupan sekumpulan tentera dari tentera Israel ke Gaza dengan kenderaan awam pada hari Ahad.

7 orang Palestin terbunuh dan 1 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran yang berlaku selepas tentera Israel ditemui oleh pasukan Hamas.

Satu hari selepas kejadian itu, seorang tentera Israel cedera parah akibat serangan roket yang dianjurkan oleh kumpulan penentang Palestin, termasuk Hamas dan Jihad Islam.

Kumpulan-kumpulan Palestin, mengumumkan bahawa mereka menganjurkan serangan yang mensasarkan sebuah bas di wilayah Israel untuk membalas dendam atas kematian ahli-ahli mereka yang tewas pada hari Ahad.

Selepas insiden ini, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, manakala kumpulan Palestin membalas serangan tersebut dengan serangan roket.

Semalam kumpulan Palestin mengumumkan bahawa gencatan senjata di Gaza telah dicapai.



Berita Terkait