Kemuncak ASEAN Ke-33 di Singapura

Sidang kemuncak akan berakhir pada 15 November.

Kemuncak ASEAN Ke-33 di Singapura

Para Perdana Menteri Thailand, China dan Malaysia yang berada di Singapura untuk Sidang Kemuncak ke-33 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), menyertai pelbagai acara yang diadakan dalam skop sidang kemuncak itu.

Dalam berita yang dimuat pada media Singapura, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, dalam pidatonya pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN, ia berjanji akan mewujudkan koneksi guna mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dalam kemuncak tahun hadapan yang akan dihoskan oleh Thailand.

Prayut berkata bahawa adalah penghormatan besar bagi Thailand untuk menjadi ketua ASEAN pada 2019 selepas Singapura, dan Thailand akan terus mengekalkan hubungan antara ahli ASEAN di kedua-dua sektor iaitu awam dan swasta, guna mengukuhkan perdagangan dan pelaburan di negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri China, Li Keqian, hadir sebagai pembicara pada persidangan tradisional ‘’Singapore Lecture’’, yang merupakan acara peringkat tinggi yang mempertemukan para pemimpin negara, pemimpin pendapat dan tokoh utama dalam bidangnya, yang melawat Singapura.

Di sisi lain, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, menerima ijazah kedoktoran kehormat dari National University of Singapore (NUS), universiti di mana dia lulus dari Fakulti Perubatan pada tahun 1953.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, membuat ucapan pembukaan sidang kemuncak tersebut, yang bermula semalam dengan sesi yang diadakan di peringkat menteri, beliau menyatakan bahawa negara-negara ASEAN harus menarik pelabur asing.

Dalam skop sidang kemuncak itu, buat kali pertama sebuah rantau telah menandatangani perjanjian e-commerce. Perjanjian, yang rundingannya dimulakan pada bulan Jun 2017, dan dijangka akan berkontribusi pada pengembangan dan pelonggaran e-commerce di kalangan negara-negara yang membentuk wilayah ASEAN, ditandatangani semalam.

Hari ini, pemimpin 16 negara akan menghadiri mesyuarat di peringkat pemimpin. Selain daripada 10 negara anggota ASEAN, China, India, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Australia juga akan mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Pada sidang kemuncak itu, perkongsian ekonomi serantau, isu umat Islam Arakan dan laluan yang akan diikuti semasa perubahan geopolitik dan ekonomi, akan dibincangkan.

ASEAN mempunyai 10 ahli, selain pengasas, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura, juga termasuk Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Sidang kemuncak itu akan berakhir pada 15 November.



Berita Terkait