12 Hari Selepas Berlakunya Bencana, Pompeo Ucapkan Takziah untuk Indonesia

Mike Pompeo, menyampaikan ucapan takziah kepada Indonesia yang rusak berat akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 28 September.

12 Hari Selepas Berlakunya Bencana, Pompeo Ucapkan Takziah untuk Indonesia

Selepas 12 hari berlakunya gempa bumi dan tsunami di Indonesia, Menteri Luar Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, menyampaikan ucapan takziah kepada Indonesia yang rusak berat akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 28 September.

Jurucakap Kementrian Luar Amerika Syarikat (AS), Heather Nauert, membuat sebuah kenyataan terkait pertemuan antara Menteri Mike Pompeo dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi pada 10 Oktober.

Dalam kenyataannya, Jurucakap Nauert berkata bahawa kepada Retno Marsudi, Menteri Mike Pompeo telah menyampaikan belasungkawa untuk orang-orang yang meninggal dunia dalam bencana gempa bumi dan memberikan mesej sokongan untuk para penduduk Indonesia yang terjejas oleh gempa bumi.

‘’Menteri Mike Pompeo dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, telah membincangkan upaya Indonesia untuk memerangi bencana alam dan bantuan AS yang sedang berjalan,’’ kata Nauert.

Selain itu, Nauert menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS), melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID) telah memberikan bantuan sejumlah 3.7 juta dolar kepada Indonesia, Ia juga berkata bahawa AS telah menyediakan tiga pesawat pengangkutan C-130 Hercules untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada para mangsa bencana.

Menteri Pompeo yang melakukan perbincangan telefon (selepas 12 hari berlakunya bencana) untuk menyokong Indonesia yang telah kehilangan 2 ribu 65 penduduknya, telah menarik perhatian.



Berita Terkait