Neraca Gempa Bumi di Pulau Sulawesi dan Gempa Baru di Bandar Situbondo-Indonesia

Bilangan kematian dalam bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Pulau Sulawesi, Indonesia, meningkat kepada 2 ribu 65 orang.

Neraca Gempa Bumi di Pulau Sulawesi dan Gempa Baru di Bandar Situbondo-Indonesia

Bilangan kematian dalam bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Pulau Sulawesi, Indonesia, meningkat kepada 2 ribu 65 orang.

Menurut akhbar Republika, pihak berkuasa tentera di rantau itu melaporkan bahawa akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku di rantau ini pada 28 September, bilangan kematian meningkat kepada 2 ribu 65 orang, dan menurut laporan yang datang dari para keluarga, 680 orang masih hilang.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa upaya mencari dan menyelamat yang dijalankan secara rasmi, akan berakhir hari ini, namun para sukarelawan dan keluarga orang-orang yang hilang boleh meneruskan pencarian dan kerja kecemasan di rantau ini akan berterusan hingga akhir bulan.

Sementara itu, gempa baru yang melanda bandar Situbondo yang terletak di timur laut provinsi Jawa Timur, menewaskan 3 orang.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa kesan gempa bumi berkekuatan 6,4 magnitud paling terasa di wilayah Gayam, di sana 3 orang meninggal dunia.

Dilaporkan bahawa gempa bumi yang juga dirasai di wilayah Jembrana di Pulau Bali, telah merosakkan beberapa rumah.



Berita Terkait