Filipina Sedang Bersedia Hadapi Taufan Mangkhut

Setiap tahun, negara ini dihantam kira-kira 20 taufan dan ribut tropika yang berasal dari Pasifik.

Filipina Sedang Bersedia Hadapi Taufan Mangkhut

Filipina sedang bersedia untuk menghadapi taufan yang paling hebat tahun ini.

Pejabat berkuasa Filipina mengatakan taufan Mangkhut yang muncul di utara Lautan Pasifik sedang menghampiri negara mulai dari timur Laut Filipina.

Dijangkakan bahawa taufan yang mencapai 205 kilometer sejam akan menjejaskan negeri Cagayan pada hari-hari yang akan datang.

Taufan yang merupakan siklon tropika yang paling kuat musim ini, boleh menumbangkan pokok dan menyeretnya, dan hujannya boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Gubernur Cagayan, Manuel Mamba menjelaskan bahawa mereka sedang menjalankan usaha-usaha untuk memindahkan penduduk di kawasan yang terancam, menutup sekolah dan perkantoran, serta melindungi panen padi dan jagung.

Setiap tahun, negara ini dihantam kira-kira 20 taufan dan ribut tropika yang berasal dari Pasifik.



Berita Terkait