Bekas PM Malaysia, Najib Razak Dedahkan Dokumen Bukti Sumbangan Arab Saudi

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mendedahkan dokumen terhadap dakwaan rasuah mengenai dirinya.

Bekas PM Malaysia, Najib Razak Dedahkan Dokumen Bukti Sumbangan Arab Saudi

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mendedahkan dokumen terhadap dakwaan rasuah mengenai dirinya.

Dengan berkongsi dokumen-dokumen melalui akaun media sosial, Najib mendakwa bahawa wang yang dikenal pasti dalam akaun persendirian dalam siasatan rasuah ‘’1Malaysia Development Bhd-(1MDB)’’ adalah sumbangan dari Arab Saudi.

Menyatakan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, Ahmad nin Abdulaziz al Saud berjanji untuk memberikan sumbangan, dengan mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa 100 juta dolar telah dihantar ke akaun peribadinya untuk sumbangan, Najib mengatakan bahawa 20 juta dolar telah ditransfer dari akaun Putera Mahkota Turki Al Faysal Al Suud dan 80 juta dolar ditransfer dari akaun Kementrian Kewangan Arab Saudi.

Menyatakan bahawa Putera Mahkota Abdulaziz al Saud, pada tahun 2011 menulis bahawa kerajaan Arab Saudi akan memberi sumbangan 100 juta dolar, Najib berkata;

‘’Pada tempoh itu, Raja Abdullah bin Abdulaziz merasa bimbang atas ‘’Arab Spring’’ yang muncul di negara-negara Arab, Timur Tengah dan Afrika. Dan sumbangan ini dilakukan untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa yang sama di Malaysia.’’

Pada siasatan berikutnya, Najib menyatakan bahawa dia akan menerbitkan dokumen yang berkaitan dengan wang-wang lainnya.

Menurut dokumen-dokumen dalam penyiasatan "1MDB" itu, dinyatakan bahawa 681 juta dolar telah dipindahkan ke akaun bank pribadi Najib melalui agensi, bank dan institusi yang bergabung dengan syarikat pelaburan.

Rakyat Malaysia telah menganjurkan demonstrasi berhari-hari menuntut agar Najib diadili.

Peguam Negara, telah mengumumkan bahawa wang sebesar 681 juta dolar yang dikesan di 5 akaun Najib adalah sumbangan peribadi diraja Saudi, dan kerajaan Suudi mengesahkannya dan Najib dibebaskan dari tuduhan rasuah.

Kerana Najib telah kalah dalam pilihan raya umum pada bulan Mei, penyiasatan mengenai dirinya telah dibuka semula atas arahan  Perdana Menteri baru Mahathir Mohamad.

 

 



Berita Terkait