PM Kemboja Hun Sen Telah Memulakan Tugas Baru

Pilihan raya umum di Kemboja yang telah diadakan pada 29 Julai, telah dimenangi oleh Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Hun Sen.

PM Kemboja Hun Sen Telah Memulakan Tugas Baru

Di Kemboja, parlimen satu parti, meluluskan mandat baru selama lima tahun bagi Perdana Menteri Hun Sen.

Hun, yang disokong oleh seluruh 125 timbalan dalam Perhimpunan Kebangsaan, adalah salah satu  pemimpin di dunia yang paling lama berkhidmat.

Pilihan raya umum di Kemboja yang telah diadakan pada 29 Julai, telah dimenangi oleh Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Hun Sen.

Dalam pilihan raya dimana parti pembangkang utama tidak menyertai, selain CPP, 19 parti politik yang kebanyakan baru ditubuhkan, turut bersaing.

Pembangkang utama, Partai Penyelamat Nasional Kamboja (CNRP) ditutup tahun lepas, dan 118 nama ahli parti tersebut, tidak dibenarkan untuk berpolitik.

Hun yang berkhidmat sebagai perdana menteri kali pertama pada tahun 1985 pada kerajaan komunis satu parti yang disokong oleh Vietnam, telah berkuasa selama 33 tahun.

 



Berita Terkait