• Video Galeri

Myanmar Jatuhkan Hukuman 7 Tahun Penjara ke atas Dua Wartawan Reuters

Dengan tuduhan telah melanggar Undang-Undang Rahsia Negara, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara ke atas Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang telah ditahan selama hampir satu tahun.

Myanmar Jatuhkan Hukuman 7 Tahun Penjara ke atas Dua Wartawan Reuters

Dua wartawan agensi berita Reuters, yang ditangkap pada bulan Disember dengan tuduhan telah mendedahkan dokumen-dokumen tentera terkait eksekusi mati di luar hukum terhadap umat Muslim Arakan di Myanmar, dijatuhi hukuman tujuh tahun.

Dengan tuduhan telah melanggar Undang-Undang Rahsia Negara, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara ke atas Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang telah ditahan selama hampir satu tahun.  

Ketua Editor dan Pengurus Besar Reuters, Stephen J. Adler, mengatakan "Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi Myanmar, para wartawan Reuters WA Lone dan Kyaw Soe Oo dan seluruh akhbar dunia. Para wartawan yang menjalankan pekerjaan mereka dengan baik, telah mendekam dipenjara selama 9 bulan tanpa bukti bahawa mereka telah melalukan kesalahan.  Kebebasan para wartawan terus diambil dari tangannya."

Para wartawan itu ditangkap pada 13 Disember, dalam skop Undang-Undang Rahsia Negara, selepas dijumpai membawa peta sebuah tempat di wilayah Arakan dan laporan-laporan tentera.

Dinyatakan bahawa kerajaan Myanmar telah meningkatkan tekanan ke atas kebebasan media terutama dalam isu yang berkaitan dengan tentera.



Berita Terkait