Malaysia Sokong Laporan PBB Mengenai Myanmar

Malaysia menyokong tuntutan Misi Penyelidikan Bebas Myanmar Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Malaysia Sokong Laporan PBB Mengenai Myanmar

Malaysia mengumumkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri terhadap ‘’krisis Umat Muslim Arakan’’ di Myanmar.

Malaysia menyokong tuntutan Misi Penyelidikan Bebas Myanmar Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa para jeneral tentera di Myanmar termasuk Ketua Staf Umum Myanmar, General Min Aung Hlaing  dituntut untuk diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah pembunuhan beramai-ramai.

"Tentera dan kerajaan Myanmar, telah diberi banyak peluang untuk mengekspresikan diri mereka sendiri. Oleh itu, mereka tidak boleh mengatakan bahawa laporan PBB adalah prasangka, berat sebelah, tidak adil dan didorong oleh sebuah agenda politik.’’ Kata kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Luar Malaysia.

Kenyataan itu juga berkata bahawa Myanmar yang merupakan ahli Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara (ASEAN), seharusnya menjadi yang terbaik dalam menghormati kebebasan asas, pembangunan dan perlindungan hak asasi manusia serta dalam menyokong keadilan sosial.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa  penganiayaan terhadap orang-orang Islam Arakan telah menyebabkan ketidakstabilan di rantau ini,

"Semua ini mempunyai kesan yang mendalam bagi Malaysia dan rantau ini. Oleh kerana itu, Malaysia tidak boleh diam atau tidak akan mengabaikan krisis Umat Muslim Arakan." Tambah kenyataan tersebut.

Malaysia juga menyatakan bahawa mereka akan terus meminta sokongan antarabangsa untuk Bangladesh yang telah membuka pintu bagi kira-kira satu juta umat muslim Arakan.



Berita Terkait