Kampung-Kampung di Myanmar Terendam Air

Di Myanmar, bandar-bandar dan kampung-kampung terendam air kerana banjir yang disebabkan air yang keluar dari celah-celah empangan yang retak. Lebih daripada  50 ribu orang yang tinggal di daerah itu dipindahkan

Myanmar'da köyler sular altında kaldı (1).JPG
Myanmar'da köyler sular altında kaldı (2).JPG
Myanmar'da köyler sular altında kaldı (3).JPG

Banjir yang disebabkan dari air yang keluar dari celah-celah empangan yang retak yang berhampiran bandar Swar di Myanmar telah menyebabkan bandar dan kampung terendam air, lebuh raya utama ditutup.

Pihak berkuasa mengatakan lebih daripada 50 ribu orang yang tinggal di pusat Myanmar dipindahkan dari rumah mereka.

Dilaporkan bahawa empangan berhampiran bandar Swar mula terendam air pada jam 05.30.

Pihak berkuasa bomba melaporkan bahawa pasukan telah dihantar ke kawasan itu.

Seorang pegawai dari Jabatan Pengurusan Bencana Alam berkata ramai orang, termasuk beberapa yang tidak terjejas secara langsung, memutuskan untuk meninggalkan rumah mereka kerana takut dilanda banjir.



Berita Terkait