PBB Meminta agar Para Jeneral Tentera di Myanmar Disiasat

Pada tahun 2012 di wilayah Arakan berlaku pertempuran antara umat Islam dan Buddha, dalam peristiwa tersebut beribu-ribu orang yang kebanyakan adalah umat Muslim telah dibunuh dengan kejam, beratus-ratus rumah dan pejabat-pejabat telah dibakar.

PBB Meminta agar Para Jeneral Tentera di Myanmar Disiasat

Penganiayaan terhadap umat Islam Arakan di Myanmar juga telah didaftarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB meminta agar para jeneral tentera di Myanmar diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas alasan bahawa mereka melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Arakan.

Dalam laporan Arakan yang disediakan oleh pemeriksa PBB, penganiayaan terhadap umat Islam di rantau ini dimuat.

Dalam laporan itu, Ketua Staf Umum Myanmar, Min Aung Hlaing dan banyak jeneral kanan lainnya, dilaporkan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Arakan. Para jeneral tentera di Myanmar dituntut untuk diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah pembunuhan beramai-ramai.

PBB juga menuntut agar jenayah dan jenayah perang terhadap kemanusiaan yang dilakukan di wilayah Kachin dan Shan di Myanmar disiasat serta meminta penyiasatan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Pada tahun 2012 di wilayah Arakan berlaku pertempuran antara umat Islam dan Buddha, dalam peristiwa tersebut beribu-ribu orang yang kebanyakan adalah umat Muslim telah dibunuh dengan kejam, beratus-ratus rumah dan pejabat-pejabat telah dibakar.

Pada operasi-operasi yang dimulakan tentera Myanmar selepas serangan-serangan yang dianjurkan ke atas beberapa pusat pemeriksaan polis di wilayah itu pada Oktober 2016, Umat Muslim Arakan telah terdedah oleh keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang serius. Sasaran utama operasi-operasi tersebut lagi-lagi adalah orang awam.

Sedangkan pada 25 Ogos 2017, dengan alasan serangan-serangan serentak yang dianjurkan ke atas balai polis sempadan di Arakan, tentera Myanmar dan nasionalis Buddha memulakan tindakan keganasan besar-besaran dan telah menewaskan kira-kira 10.000 orang. Dalam serangan-serangan yang bertukar menjadi penghapusan etnik ini, tentera dan nasionalis Buddha telah memusnahkan lebih daripada 350 kampung manakala lebih daripada 700.000 umat Muslim Arakan terpaksa melarikan diri ke Bangladesh melalui kawasan pergunungan, sungai atau lautan.

Tragedi umat Muslim Arakan yang cuba untuk pergi ke negara ini juga berterusan semasa dalam perjalanan, berpuluh-puluh orang yang kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak, tewas kerana tenggelam akibat penembakan ke atas perahu-perahu yang ditumpangi umat Muslim Arakan.

Beratus-ratus ribu warga Arakan yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dan sejak 25 Ogos hingga setakat ini cuba menlanjutkan kehidupan mereka dalam keadaan yang sukar di kem-kem di kawasan Cox’s Bazar, menanti uluran tangan dunia.

 

 



Berita Terkait