• Video Galeri

Facebook Tutup Beberapa Akaun dan Page yang Berperan dalam Keganasan di Myanmar

Akaun dan page-page tersebut telah berperilaku yang bertentangan dengan peraturan Facebook.

Facebook Tutup Beberapa Akaun dan Page yang Berperan dalam Keganasan di Myanmar

Laman perkongsian sosial Facebook, melaporkan bahawa mereka telah menutup beberapa akaun dan page kerana peranannya terhadap keganasan ke atas penduduk Islam di wilayah Arakan, Myanmar.

Dalam kenyataan bertulis, syarikat itu mengumumkan bahawa mereka telah menutup 18 akaun Facebook, satu akaun Instagram dan 52 Facebook Page, termasuk akaun peribadi Ketua Staf Umum Myanmar, General Min Aung Hlaing, dan organ penerbitan rasmi milik tentera, televisyen Myawady.

Kenyataan tersebut juga menggarisbawahi bahawa dalam laporan yang dirilis oleh Misi Penyelidikan Bebas Myanmar Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menemui bahawa General Min dan komandan-komandan terbukti telah berperan dalam serangan-serangan terhadap umat Muslim Myanmar dan pelanggaran hak asasi manusia yang serius di negara ini.

Selain akaun-akaun tentera, akaun dan page yang memuat berita palsu termasuk ucapan kebencian tentang Muslim Arakan juga ditutup.

Akaun dan page-page tersebut telah berperilaku yang bertentangan dengan peraturan Facebook.



Berita Terkait