Pulau Lombok Diguncang Lagi dengan Gempa Bumi 6.2 Magnitud

Sedangkan kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengumumkan bahawa gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 magnitud.

Pulau Lombok Diguncang Lagi dengan Gempa Bumi 6.2 Magnitud

Gempa bumi 6.2 magnitud telah berlaku di Pulau Lombok Indonesia.

Lembaga Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesian (BMKG) mengumumkan bahwa gempa bumi tercatat berlaku di 6 kilometer di utara Pulau Lombok pada kedalaman 12 kilometer.

Sedangkan kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengumumkan bahawa gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 magnitud.

Manakala tidak dikongsikan korban jiwa atau orang yang cedera dalam gempa bumi tersebut, amaran tsunami juga tidak diberikan.

Sebaliknya, Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho  mengatakan beribu-ribu orang dari 156 ribu lebih orang yang dipindahkan selepas gempa bumi berkekuatan 7 magnitud di rantau yang sama pada hari ahad, masih belum mendapatkan keperluan asas terutamanya air minum dan makanan.

Nugroho menyatakan bahawa mereka terus bekerja dengan bantuan semua unit secara intensif, sementara itu pihak berkuasa tempatan juga melaporkan bahawa jalan yang rosak menyebabkan kesukaran untuk mencapai kerja-kerja bantuan bagi mangsa gempa yang berada di kawasan pedalaman.

Dikatakan bahawa ribuan orang telah mengalami masalah perumahan di kalangan mereka yang telah dipindahkan atau dipisahkan dari rumah mereka yang rosak di rantau ini.

Sementara itu Nugroho menyatakan bahawa penjelasan dari unit-unit berbeza dirantau ini mengenai jumlah orang yang tewas dalam gempa bumi telah membuat kekeliruan dalam masyarakat dan media, ia mengatakan kemungkinan sebahagian ada yang benar kerana maklumat datang langsung dari tempat kejadian.



Berita Terkait