PBB Menggesa Myanmar untuk Memperbaiki Keadaan di Arakan

Sebuah protokol telah ditandatangani antara kerajaan Myanmar dengan PBB agar Umat Islam Arakan yang berlindung di Bangladesh dapat kembali ke rumah-rumah mereka.

PBB Menggesa Myanmar untuk Memperbaiki Keadaan di Arakan

Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Program Pembangunan PBB (UNDP), menyeru untuk memperbaiki keadaan di wilayah Arakan untuk keselamatan kembalinya beratus-ratus ribu pelarian umat Islam Arakan dari Bangladesh.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh UNHCR dan UNDP, dinyatakan bahawa pejabat berkuasa PBB memerlukan akses penuh ke wilayah Arakan dan sedang menunggu jawapan atas permintaan izin yang dibuat pada 14 Jun untuk kakitangan antarabangsa yang berpusat di Maungdaw.

Kenyataan itu menegaskan bahawa kemajuan sebenar perlu segera dibuat untuk memastikan akses yang berkesan terutamanya untuk Arakan, untuk memastikan kebebasan pergerakan semua komuniti dan untuk menyelesaikan masalah yang membawa kepada krisis.

Sebuah protokol telah ditandatangani antara kerajaan Myanmar dengan PBB agar Umat Islam Arakan yang berlindung di Bangladesh dapat kembali ke rumah-rumah mereka.

Protokol tersebut mendapat reaksi dari masyarakat antarabangsa dan dari dalam PBB sendiri.

Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia untuk Myanmar, Yanghee Lee, telah menegaskan bahawa dalam kerangka protokol tersebut, tidak mungkin Umat Islam Arakan kembali ke rumah mereka dengan "sukarela, terhormat, selamat dan mampan."

Pada kenyataan bersama yang ditandatangani pada 10 Jun oleh 23 organisasi Rohingnya termasuk European Rohingya Council (ERC) dan Arakan Rohingya National Organisation (ARNO), menyatakan:

"Kami amat prihatin bahawa protokol ini tidak menangani punca utama krisis Rohingya, terutama kewarganegaraan Rohingya dan isu identiti etnik."



Berita Terkait