Presiden Filipina: ''Polis-Polis yang Terlibat Jenayah akan Dibunuh''

Polis-polis tersebut dituduh melakukan jenayah seperti rasuah, rogol dan pengedaran dadah.

Presiden Filipina: ''Polis-Polis yang Terlibat Jenayah akan Dibunuh''

Kepala Negara Filipina, Rodrigo Duterte, menyatakan bahawa pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam jenayah akan dibunuh.

Pada acara pertemuan dengan 102 polis yang didakwa terlibat dalam pelbagai jenayah, yang diadakan di Istana Presiden, Duterte berkata ia akan memberi arahan untuk membunuh jika mereka membuat kesilapan lagi.

‘’Jika kalian terus seperti ini, saya benar-benar akan membunuh kalian. Bermula pada saat ini, akan ada satu team khas yang akan memantau kalian. Saya akan memberi arahan untuk membunuh kalian jika kalian melakukan kesilapan sekecil apapun,’’ Kata Duterte yang menyatakan bahawa ia akan memeriksa satu persatu fail polis-polis yang terlibat dalam beberapa jenayah.

Duterte juga menggesa keluarga para polis,

"Jika polis-polis ini mati, jangan marah kepada kami untuk hak asasi manusia. Kerana saya telah memberi amaran" katanya.

Polis-polis tersebut dituduh melakukan jenayah seperti rasuah, rogol dan pengedaran dadah.



Berita Terkait