Hong Kong Hentikan Import Ayam dari Malaysia

Hong Kong berkata ia mengimport 100 tan daging ayam beku dan 190 juta telur dari Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Hong Kong Hentikan Import Ayam dari Malaysia

Berikutan selesema burung dijumpai di sebuah ladang ternakan di Malaysia, Hong Kong menghentikan import ayam dari negara ini.

Menurut agensi Xinhua, Hong Kong memutuskan untuk menghentikan mengimport ayam selepas virus selesema burung (H5N1) telah dikesan di sebuah ladang di bandar Tamparuli, wilayah Sabah, Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hong Kong Center of Food Safety (CFS), dinyatakan bahawa keputusan untuk menghentikan import dibuat atas amaran dari Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).

Hong Kong berkata ia mengimport 100 tan daging ayam beku dan 190 juta telur dari Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Di ladang ternakan tersebut, 10 ribu ekor ayam telah dimusnahkan semalam.



Berita Terkait