Kisah Kanak-Kanak yang Telah Diselamatkan Dari Dalam Gua akan Dijadikan Filem

Menurut berita yang dimuat di BBC, kisah 12 kanak-kanak dan jurulatih yang berhasil diselamatkan selepas terdampar selama 12 hari di dalam gua, akan dijadikan filem.

Kisah Kanak-Kanak yang Telah Diselamatkan Dari Dalam Gua akan Dijadikan Filem

Di wilayah Chiang Rai, di utara Thailand, kisah penyelamatan 12 kanak-kanak pemain bola sepak dan seorang jurulatih yang terdampar di dalam gua yang dipenuhi air banjir, akan dijadikan filem.

Menurut berita yang dimuat di BBC, kisah 12 kanak-kanak dan jurulatih yang berhasil diselamatkan selepas terdampar selama 12 hari di dalam gua, akan dijadikan filem.

Michael Scott, salah satu rakan kongsi syarikat filem bernama Pure Flix Entertainment yang berpusat di AS dan tinggal di Thailand, mengatakan bahawa peristiwa tersebut sangat menyentuh dan mereka akan mengerjakan skripnya.

Dinyatakan bahawa syarikat filem tersebut mengikuti upaya penyelamatan dengan teliti, telah mendengarkan semua orang yang terlibat dalam proses tersebut dan maklumat-maklumat ini akan digunakan dalam pembuatan filem.

Juga dimaklumkan bahawa gua tersebut akan dijadikan muzium dan akan dibuka untuk para pelawat.

Semasa operasi menyelamat kanak-kanak itu, bekas penyelam professional Thailand, Saman Gunan, yang membawakan bantuan, tewas di dalam gua akibat tabung oksigen yang habis.

Selain itu, Richard Harris, doktor asal Australia yang memeriksa kesihatan kanak-kanak yang terdampar di dalam gua dan beliau adalah orang yang terakhir keluar dari gua tersebut, tidak dapat berada di negaranya ketika ayahnya meninggal dunia.

12 pemain bola sepak kanak-kanak berusia antara 11-16 tahun dan jurulatih pasukan berusia 25 tahun yang pergi ke gua Tham Luang dalam rangka berwisata, terdampar di gua akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat.

Kumpulan ini dijumpai selepas upaya pencarian yang mengambil masa selama 9 hari, namun mereka tidak boleh segera dikeluarkan dari gua kerana gua dibanjiri dengan air hujan.

Operasi penyelamat bermula selepas menunggu 5 hari, 4 kanak-kanak pada hari pertama, 4 kanak-kanak pada hari kedua dan 4 kanak-kanak dan pelatih dikeluarkan dari gua pada hari ketiga.

 

 



Berita Terkait