Iran Minta Sokongan dari Indonesia

Naib Kepala Negara Yusuf Kalla bertemu dengan Naib Presiden Iran untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Massoumeh Ebtekar.

Iran Minta Sokongan dari Indonesia

Iran meminta sokongan dari Indonesia mengenai Perjanjian Nuklir Iran (JCPOA).

Menurut khabar agensi Indonesia, Antara, Naib Kepala Negara Yusuf Kalla bertemu dengan Naib Presiden Iran untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Massoumeh Ebtekar.

Dalam pertemuan itu, mengenai perjanjian nuklear yang ditandatangai dengan Iran pada 2015 dan dinamakan juga sebagai JCPOA, Ebtekar mengatakan bahawa Iran berharap Indonesia tetap berada dalam kedudukan yang menyokong, ia juga menyampaikan perkembangan terakhir terkait perjanjian dan pengunduran diri Amerika Syarikat (AS) dari perjanjian nuklear.

Dalam pertemuan yang juga menyinggung sejarah panjang kerjasama antara kedua-dua negara dalam banyak aspek, juga telah dibahas untuk meningkatkan kerjasama dua hala serta dalam bidang seperti minyak, gas, perdagangan dan ekonomi.

Ebtekar juga melakukan pertemuan dengan Menteri Luar, Retno Marsudi.

Banyak negara dan organisasi antarabangsa bertindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat yang mundur dari perjanjian nuklear dengan Iran pada bulan Mei dan menerapkan semula sekatan Iran yang ditangguhkkan pada tahun 2015.



Berita Terkait