Polis Geledah Kediaman Bekas PM Malaysia

Polis datang ke kediaman Razak dengan lebih daripada 10 kenderaan...

Polis Geledah Kediaman Bekas PM Malaysia

Pasukan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Polis yang datang ke kediaman Razak dengan lebih daripada 10 kenderaan, menggeledah rumah bekas perdana menteri yang namanya termasuk dalam penyiasatan ''1Malaysia Development Berhad (1MDB)''.

Ketua Biro Penyiasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh, dalam kenyataannya kepada media tempatan, mengesahkan bahawa polis telah menggeledah 5 lokasi berasingan milik Razak dan yang berkaitan dengannya.

Amar Singh tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai tujuan penggeledahan itu.

Di sisi lain, Perdana Menteri baru Malaysia, Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa kerajaan mahu menarik semula berbilion-bilion dolar yang dipercayai telah dilarikan dari syarikat pelaburan milik kerajaan bernama ''1Malaysia Development Berhad (1MDB)'' ke Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan beberapa negara lainnya.

''Fokus kepada rasuah adalah penting, kerana kita perlu mengambil kembali wang yang ada di Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura dan mungkin di Luxembourg. Kami akan membuat permohonan kepada kerajaan negara-negara itu untuk mengambil kembali wang-wang yang ada disana. Wang itu adalah milik Malaysia dan datang dari 1MDB. Kami akan memohon agar wang tersebut kembali kepada Malaysia.'' Kata Mahathir.
 



Berita Terkait