Majlis Keselamatan PBB akan Adakan Lawatan ke Iraq, Bangladesh dan Myanmar

Pada satu taklimat akhbar harian, Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, berkata bahawa semasa lawatan ke Myanmar, beliau mengharapkan UNSC bersatu mengenai krisis di Arakan.

Majlis Keselamatan PBB akan Adakan Lawatan ke Iraq, Bangladesh dan Myanmar

Perwakilan negara-negara ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan lawatan ke Iraq, Bangladesh dan Myanmar pada 26 April- 2 Mei.

Pada satu taklimat akhbar harian, Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, berkata bahawa semasa lawatan ke Myanmar, beliau mengharapkan UNSC bersatu mengenai krisis di Arakan.

Dujarric menyatakan harapannya bahawa dengan adanya lawatan ini, semoga boleh memalingkan perhatian masyarakat antarabangsa kepada keadaan para pelarian Arakan yang terpaksa mencari perlindungan di Bangladesh.

Menurut PBB, bilangan umat Muslim Arakan yang berlindung di Bangladesh sejak 25 Ogos telah melebihi 700 ribu.

Lembaga-lembaga hak asasi manusia antarabangsa, dengan imej satelit mereka telah membuktikan bahawa ratusan kampung telah di musnahkan.

PBB dan Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan sebagai ''pembersihan etnik'' atau ''pembunuhan beramai-ramai''.



Berita Terkait