• Video Galeri

Pembersihan Etnik ke atas Muslim Arakan Masih Berterusan

Bagaimana kerajaan Myanmar mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk pemulangan orang-orang ini sementara penganiayaan terhadap Muslim Arakan masih berterusan

Pembersihan Etnik ke atas Muslim Arakan Masih Berterusan

Wakil Sekretaris Jenderal PBB untuk Hak Asasi Manusia, Andrew Gilmour, melawat kem-kem Muslim Arakan di bandar Cox's Bazar, Bangladesh.

Gilmour yang menyatakan bahawa sejak 25 Ogos 2017 hingga setakat ini, sedikitnya 700 ribu Muslim Arakan melarikan diri ke Bangladesh, berkata ''pembersihan etnik terhadap Muslim di Arakan masih berterusan.''

Gimour menegaskan bahawa walaupun peristiwa keganasan di Arakan telah berkurang, namun pembunuhan, rogol, penderaan, penculikan dan kelaparan masih tetap ada.

Gimour yang juga menyinggung perjanjian yang telah ditandatangani antara kerajaan Myanmar dan Bangladesh untuk pemulangan Muslim Arakan ke tanah airnya, mempertanyakan bagaimana kerajaan Myanmar mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk pemulangan orang-orang ini sementara penganiayaan terhadap Muslim Arakan masih berterusan, ''Dalam keadaan semasa, sudah tentu mustahil untuk Muslim Arakan kembali ke rumah-rumah mereka dengan selamat, mulia dan kekal.'' katanya.

Mengikut pernyataan terbaru PBB, 688 ribu umat Islam Arakan yang melarikan diri dari keganasan Myanmar sejak 25 Ogos lalu berlindung di Bangladesh.

Dianggarkan bahawa kira-kira 2 juta umat Islam tinggal di Arakan pada tahun 1970-an, tetapi angka ini telah jatuh di bawah 350 ribu kerana melarikan diri dari serangan sistematik.

Selain itu, menurut imej satelit yang diterbitkan oleh organisasi hak asasi manusia antarabangsa, lebih daripada 350 buah kampung yang dimiliki umat Islam telah dibakar .



Berita Terkait