Bangladesh Membantah Myanmar yang Mengerahkan Tentera Tambahan ke Sempadan

Myanmar secara unilateral meningkatkan bilangan pengawal sempasan dan mengerahkan tentera ke sempadan Tombru.

Bangladesh Membantah Myanmar yang Mengerahkan Tentera Tambahan ke Sempadan

Bangladesh menuduh kerajaan Myanmar mengerahkan tentera tambahan ke sempadan berhampiran zon neutral dimana beribu-ribu Muslim Arakan tinggal di khemah-khemah.

Pengawal Sempadan Bangladesh, Brigader Mojibur Rahman, menyatakan bahawa institusi itu mambantah Myanmar yang secara unilateral meningkatkan bilangan pengawal sempadan dan mengerahkan tentera ke sempadan Tombru.

Rahman yang mengatakan bahawa mereka telah meminta kepada Pengawal Sempadan Myanmar untuk melakukan pertemuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, beliau mengevaluasi bahawa alasan Myanmar tidak jelas, tetapi mungkin ini adalah satu inisiatif untuk menolak kira-kira 6 ribu umat Muslim Arakan yang ada di zon neutral ke Bangladesh.

Rahman mengeluh atas pihak berkuasa Myanmar yang menggunakan pengeras suara untuk membuat panggilan kepada umat Muslim Arakan di zon neutral agar masuk ke Bangladesh.

Kementrian Luar Negeri menyatakan bahawa Bangladesh telah menyampaikan kebimbangannya terkait pihak Myanmar yang mengerahkan tentera tambahan di Tombu dan ini akan meningkatkan ketegangan di sepanjang sempadan.

Kementrian itu telah menyatakan keinginannya agar pasukan keselamatan Myanmar segera angkat kaki dari kawasan itu.

Menurut data terakhir yang diumumkan oleh PBB, Muslim Arakan yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar sejak 25 Ogos hingga setakat ini adalah 688 ribu.

Dianggarkan bahawa kira-kira 2 juta umat Islam tinggal di Arakan pada tahun 1970-an, dan angka ini telah jatuh di bawah 350 ribu kerana melarikan diri dari serangan sistematik.



Berita Terkait