Perayaan Thaipusam bagi Umat Hindu di Malaysia

Di Malaysia kira-kira 1,5 juta orang bertemu untuk merayakan hari raya Hindu Thaipusam.

Perayaan Thaipusam bagi Umat Hindu di Malaysia

Orang-orang beragama Hindu di Malaysia, berbondong-bondong ke Batu Caves di Kuala Lumpur yang merupakan kuil Hindu terbesar di dunia, untuk merayakan hari raya Thaipusam.

Pada hari raya Thaipusam yang merupakan salah satu hari paling penting dalam kepercayaan Hindu dan dirayakan pada bulan Januari-Februari, diadakan pertunjukkan-pertunjukkan ketahanan sebagai pengormatan kepada Murugan ''Dewa Perang''.

Orang-orang Hindu yang percaya bahawa jika semakin mereka tahan terhadap kesakitan, mereka akan semakin dekat dengan dewa-dewanya, mereka menari-nari dengan membawa beban yang terdiri daripada simbol-simbol Hindu yang beratnya hingga 20 kg.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti ini, umat Hindu berjalan sekitar 3 kilometer hingga ke Batu Cave, untuk mencapai gua itu mereka menaiki 272 anak tangga yang curam.

Sementara beberapa umat Hindu menusukkan jarum tebal ke tubuh mereka untuk menunjukkan ketahanannya, sedangkan umat Hindu yang meminta berkah, membawa susu yang telah dimasukan kedalam kotak diatas kepala mereka.

Batu Cave dengan ketinggian 42 meter dan menempatkan patung Murugan pada halamannya, menjadi salah satu tempat suci dalam dunia Hindu.

Di Malaysia yang terdiri daripada 6,3 peratus umat Hindu, Thaipusam dirayakan sebagai hari libur rasmi.



Berita Terkait