Singapura Haramkan Penayangan Filem Konflik Palestin-Israel

Filem satu jam itu diharamkan daripada ditayang kepada umum dan penyebarannya di sini kerana ia mengkaji konflik Palestin dan Israel tanpa mengimbangi kedua-dua pihak.

Singapura Haramkan Penayangan Filem Konflik Palestin-Israel

Singapura telah mengharamkan Filem bertema Palestin.

Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA), mengharamkan tayangan filem dokumentari berkaitan konflik antara rakyat Palestin dan Israel.

Menurut kenyataan yang dibuat IMDA, melaporkan bahawa filem dokumentari berkaitan konflik antara rakyat Palestin dan Israel berjudul 'Radiance Of Resistance', yang dijadual ditayang kepada umum pada Festival Filem yang akan bermula di Singapura, diharamkan.

Filem satu jam itu diharamkan daripada ditayang kepada umum dan penyebarannya di sini kerana ia mengkaji konflik Palestin dan Israel tanpa mengimbangi kedua-dua pihak.

filem itu diklasifikasikan mengikut garis panduan yang menyatakan bahawa ‘filem yang menimbulkan salah faham atau ketidakharmonian di kalangan kaum’, tidak akan dibenarkan untuk semua penilaian.

Filem yang diarahkan penerbit filem Amerika, Jesse Roberts, meneroka konflik Palestin-Israel melalui mata warga Palestin.



Berita Terkait