8 Orang Tewas Dalam Kemalangan Perahu di Indonesia
Perahu bermuatan 48 orang termasuk 5 kanak-kanak itu terbalik dalam perjalanannya dari wilayah Tanjung Selor menuju Tarakan.

Di provinsi Kalimantan Utara, Indonesia, sebuah perahu terbalik dan menyebabkan 8 orang meninggal dunia.
Sebuah kenyataan yang dibuat oleh Badan Search and Rescue Nasional (BASARNAS), menyatakan bahawa perahu bermuatan 48 orang termasuk 5 kanak-kanak itu terbalik dalam perjalanannya dari wilayah Tanjung Selor menuju Tarakan.
Tim mencari dan menyelamat menyatakan sebanyak 27 penumpang dikabarkan selamat dan 8 jasad telah ditemukan.
Upaya mencari dan menyelamat masih berterusan.
Siasatan ke atas kemalangan itu dimulakan.