Tim TRT World yang Ditahan di Myanmar telah Dibebaskan

Tim TRT World yang telah ditahan selama dua bulan di Myanmar dengan alasan tanpa izin telah mengambil imej menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu, dibebaskan selepas tuduhan tambahan mereka dikurangi.

Tim TRT World yang Ditahan di Myanmar telah Dibebaskan

Tim yang terdiri daripada para wartawan asal Singapura, Lau Hon Meng dan Mok Choy Lin asal Malaysia, penerjemah Aung Naing Soe dan pemandu mereka Hla Tin yang ditangkap pada 27 Oktober, telah dibebaskan selepas ditahan selama dua bulan.

Kemarin, mahkamah telah mengurangi tuduhan tambahan ke atas ahli tim itu dengan dakwaan telah tanpa izin mengimport kenderaan udara tanpa pemandu dan bertindak yang melanggar undang-undang imigresen. Tim tersebut dijadual akan dibebaskan pada 5 Januari.

Sementara itu, kes terhadap dua wartawan yang bekerja bagi pihak agensi berita Britain, Reuters, dan ditangkap pada 12 Disember, diumumkan akan diadili pada 10 Januari.

Wartawan Wa Lone dan Kyaw Soe Oo dituduh "memiliki dokumen rahsia negara".



Berita Terkait