Pihak Berkuasa AS: ''Keadaan Umat Muslim Arakan di Kem-kem Pelarian Sangat Mengejutkan''

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat (AS), Simon Henshaw,  selepas apa yang mereka lihat semasa lawatannya ke kem-kem tempat tinggal umat Muslim Arakan, berkata bahawa keadaan mereka sangat ''mengejutkan''.

Pihak Berkuasa AS: ''Keadaan Umat Muslim Arakan di Kem-kem Pelarian Sangat Mengejutkan''

Henshaw, yang berada di Myanmar dan Bangladesh antara 29 Oktober hingga 4 November, menghadiri persidangan akhbar harian Kementerian Luar Negeri dan berkongsi pemerhatiannya.

Henshaw,

''Apa yang kami lihat di kem-kem itu sangat mengejutkan. Krisis pelarian berada pada tahap yang luar biasa. Bilangan orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak 25 Ogos adalah lebih daripada 600.000 orang. Keadaan di kem-kem sangat sukar.'' katanya.

Mengingat bahawa mereka mempunyai peluang untuk bercakap dengan orang Arakan di kem-kem, Henshaw berkata,

''Banyak pelarian telah menceritakan kepada kami dengan penuh air mata, bagaimana kampung-kampung mereka terbakar dan bagaimana saudara mara mereka dibunuh di depan mata mereka.'' katanya.

Heshaw menyatakan bahawa mereka telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa kerajaan dan para pemimpin masyarakat Arakan di Myanmar, beliau mengatakan telah menyeru kerajaan Myanmar untuk ''melindungi penduduk tempatan dan menyiasat pelanggaran hak asasi manusia."



Berita Terkait